Bismillah
Mengikut kajian2 pakar psychology, manusia boleh dibahagi2kan kepada 14 jenis kategori, masing2 mempunyai kaedah pembawaan yang unik. Setiap individu mempunyai kekuatan yang x dipunyai oleh yang lain, begi juga sebaliknya dalam hal kekurangan. Begitu juga dengan kecenderungan kalbu terhadap sesuatu perkara, amat bergantung kepada sifat2 dalaman yang sudah sedia terbentuk ini.
Satu fakta yang mesti diambil kira ialah, keunikan ini adalah ANUGERAH dari Maha Pencipta, Allah. Ia wajar diraikan.
Begitu juga dalam hal usaha dakwah. Kepelbagaian jemaah dengan bermacam2 metod & pendekatan membuka seluas2 peluang kpd kita untuk 'berbuat sesuatu' dengan agama Islam ini. Seperti yang disebut dalam surah al-Asr, ada 4 komponen yang mesti dibuat oleh SEMUA manusia, untuk mengelak dr kerugian;
1) Beriman (merangkumi ilmu)
2) Beramal
3) Berpesan2 dengan kebenaran (dakwah)
4) Berpesan2 dengan kesabaran (dalam 3 hal di atas)
Mahu tidak mahu, kita mesti merombak rutin kehidupan seharian kita, untuk melaksanakan keempat2 hal di atas. Inilah sebenarnya sumber justifikasi kehidupan dan ketenangan yang dicari2 seluruh umat manusia.
Cara nak selamatkan diri di zaman ini hanya dengan terlibat dalam dakwah. Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat sentiasa memastikan diri di trek yang betul, kerana percakapan2 / peringatan2 yang baik sentiasa diperbaharui / bergema.
Ada banyak jenis usaha dakwah yang mempunyai paksi (keutamaan) yang berbeza2.----> yang penulis tau;
1) Pas - politik
2) Haluan / Jim / Karisma / IKRAM - NGO, tarbiyah, usrah, Ikhwanul Muslimin
3) Salafi - ilmu
4) Jemaah Tabligh - dakwah.
Berdasarkan pemerhatian penulis, kejayaan dakwah di sesuatu tempat bergantung kepada nilai2 yang sama, walaupun dibawa oleh jemaah2 yang berlainan. Nilai2 itu ialah:
1) Kaedah yang dipenuhi dengan kasih sayang - sebar salam, taam, senyuman, ukhuwwah..
2) Hadirnya atau tersebarnya orang berilmu / risalah ilmu dalam usaha tersebut, dan kualitinya meningkat dari sehari ke sehari.
3) Pendukung2 yang satu hati dan bekerja keras & ikhlas.
Maka, x kira di lapangan mana pun, apa2 jemaah bisa maju dengan syarat ade beberapa kriteria2, antaranya seperti yang penulis senaraikan di atas.
JT sebagai Kapal Terakhir. 
Penulis mula mengenal Islam melalui JT.
Walaupun bukan 'pendekar' dalam JT, penulis sedaya upaya mahu kekal dan mengambil sebanyak2 manfaat dari JT. Kekuatannya AJAIB, kekurangannya juga AJAIB. Hanya yang berpengalaman sahaja yang boleh memahami sedikit sebanyak perihal JT.
Pun begitu, penulis ligat dalam meneroka idea2 baru, terutama sejak pulang ke tanah air pada 2008. Maka terbukalah berbagai2 rahsia2 baru berkenaan jemaah, yang sentiasa berbolak-balik antara pro & con bergantung kepada interpretasi terkini.
Kesimpulannya, penulis mengagumi semua jenis usaha yang wujud, dan penulis mempunyai azam yang kuat untuk mengambil manfaat dari semua jenis jemaah. walaubagaimanapun, penulis mahu TETAP DI JALAN JT selagi terdaya, kerana penulis menganggap ia adalah Kapal Terakhir...
Ia adalah pilihan terakhir yang boleh diusahakan oleh SEMUA golongan dari umat ini, dalam mengelak dari KERUGIAN seperti apa yang penulis tulis di awal2 tadi. Inilah yang termudah, dan ini juga bisa jadi yang paling sukar di antara semua jenis usaha dakwah, bergantung kepada tahap pengorbanan yang sedia untuk dilakukan.
Mengapa JT agak pelik? sila baca penulisan
INI, insyaAllah anda dpt sedikit gambaran ringkas.
Sekiranya ada di kalangan muda-mudia (atau siapa2 sahaja) yang mempunyai kebolehan, kekuatan2, keinginan2, maka saya syorkan berusahalah / cubalah untuk bergerak di jalan SELAIN JT.
JT adalah kapal yang terakhir. Bila anda sudah tiada pilihan lain, maka manfaatkanlah tertib2 yang sudah terbina sekian lama pada JT. Ia adalah pilihan yang terakhir...
Jangan biarkan diri kita kaku, lesu tanpa sebarang usaha, kerana ia pasti dan pasti merugikan akal, jasmani dan rohani kita. Jangan biarkan diri kita DIPANDU oleh urusan duniawi (hal2 nak memperelok makan pakai) hingga MASA kita menjadi begitu murah dan hina. Perjuangan bukan satu pilihan, tapi keputusan dari Allah.
note:
1) Kapal Terakhir ----> bayangkan bot penyelamat terakhir yang bergerak di kawasan banjir teruk. Bot ini besar, luas, dihantar pada trip terakhir bertujuan mengisi siapa sahaja, selagi dia masih bernyawa.
2) Lebih 95% orang Islam tidak bergerak dalam mana2 jemaah, dan menjalani kehidupan mengikut arus perdana. Ini adalah kerugian utk diri kita dan umat ini.