COLLECTION FROM MUNTAKHAB AHADITH AND RIDHAUS SALIHIN

Sunday, December 11, 2011

Mempertahankan Perkara Yang Tiada Bernilai

Bismillah

Beberapa hari lepas, ketika penulis melayan diri yang demam dengan secawan Milo panas di kedai mamak, penulis telah dihidangkan dengan satu scenery yang pada dasarnya akan menaikkan kemarahan membuak-buak.

Mamak pekerja itu tanpa segan silu mengorat anak dara berketurunan Melayu yang berjalan di tepi jalan. Keluarlah segala dendam, ego, ketuanan Melayu, kepahlawanan panglima Melaka dalam jiwa penulis. Kalau dikarang jenis perasaan yang ade dalam 2 saat kemarahan itu, mungkin 3-4 helai kertas A4 sumpah seranah boleh ditulis (cukup).

Tapi....

Mujur penulis masih lagi mampu berfikir. Bukan semua anak dara di'orat oleh mamak ini. Yang di'orat ialah yang jenis pakai baju ketat berskirt pendek nampak betis, macam pekerja kedai foto-zoom. Banyak juga persoalan yang timbul, dari isu-isu pemikiran bawahan, hingga isu-isu yang hanya boleh difahami oleh golongan (kununnya) intelek.

Aku rindu zaman Nabi saw. dan Sahabat r.a...

Mungkin ade yang pernah kenal wajah ini:


Beliau adalah Imam Tajuddin Hilaly dari Masjid Lakemba, NSW Australia. Beliau mewujudkan kontreversi dengan perumpamaan 'daging yang terdedah di taman, memang akan diburu oleh kucing liar' (+/-). Ini kisah 2006....tapi pengajarannya akan relevan sampai bila-bila.

Wahai wanita, sekiranya anda menghormati diri sendiri, penulis yakin akan ade ribuan pemuda-pemuda yang gagah berani sanggup bersusah payah untuk melindungi anda. Tapi jika anda memilih untuk menghina diri sendiri, hanya pemuda-pemuda picisan yang akan datang untuk mengambil kesempatan.

Tanya mufti kita iaitu HATI. Hati tidak boleh menipu.

1 comment:

sot said...

Bak kata Ust Azhar perempuan ni mcm kereta Laborghini, tengok kok angle mana pun comel belako. Hargailah diri itu. Jadilah wanita sejati yg dihormati. Allah is watching.